Twitter @AdiwarnaBoutiq

Pages

Tuesday 25 September 2012

Advertise With Us


ASSALAMUALAIKUM

Bagi yang berminat untuk membuat pengiklanan di blog Adiwarna Boutique, boleh emailkan detail anda di email adiwarna.boutique@gmail.com

Pakej bagi pengiklanan ini adalah :
 + PERCUMA BANNER DESIGN bersaiz 240 x 320
 + product promo di blog dan fanpages Adiwarna Boutique



Kasih Suci


ASSALAMUALAIKUM

Semakin hari semakin banyak fesyen lilitan selendang digayakan oleh muda-muda zaman ini. Ia bagaikan satu trend dan paling unik, lilitan selendang ini TIADA rules dan boleh di gayakan mengikut kretiviti kita. Namun ada juga yang rasa kurang yakindengan lilitan yang dilakukan dan menganggap lilitan tersebut SALAH. Di sini Adiwarna kongsikan cara melilit selendang dari Majalah NUR.

Keperluan :
- Anak Tudung Syria
- Selendang
- Kerongsang
- Jarum Peniti

Cara-cara  :
1. Pakaikan anak tudung syria di kepala dan pastikan selendang pada bahagian kanan lebih panjang daripada bahagian kiri. Setelah itu, sematkan kerongsang pada bawah dagu.
2. Bawa selendang pada bahagian kiri ke sisi bahu kanan dan pinkan dengan kemas.
3. Ambil selendang pada bahagian kanan dan pusingkan ia sebelum di bawa ke atas kepala.
4. Tarik selendang sehingga kemas dan kemudiannya pinkan jarum peniti di sini atas kepala.
5. Akhir sekali pada hujung selendang tersebut, sematkan dengan jarum pada sisi telinga kanan.
6. Siap !!!

SELAMAT MENCUBA

Tip Menjaga Tudung

Membentuk Tudung Yang Lembut

Tudung yang lembut memang cantik dipakai kerana akan kelihatan terletak elok pada tempatnya dan tidak mengerbang.Contohnya, tudung bawal yang masih menjadi kesukaan sesetengah daripada anda dan tudung jenis shawl yang seperti cendawan tumbuh sekarang ini.

Namun, masalahnya sukar untuk dibentuk dibahagian kepala iaitu di bahagian atas dahi sehingga ia menampakkan muka anda begitu bulat dan menempek di dahi.

Timbul rasa tidak puas hati dan putus asa untuk memakainya kerana pemakaiannya begitu rumit dan mengambil masa yang lama untuk mendapat hasil yang cantik dan kemas.

Bila kita melihat sesetengah orang yang memakainya dengan elok tanpa masalah, pasti hati akan tertanya-tanya, bagaimana mereka boleh pakai elok sahaja. 

Tips tudung kali ini akan memberikan cara yang anda boleh lakukan agar tudung-tudung anda yang lembut dapat dibentuk dengan elok pada wajah anda.

1. Menggunakan LILIN
  • Pernahkah anda terdengar bahawa orang menyapu lilin pada tudung? Jika diingat kembali, anda sendiri atau rakan-rakan sekolah ramai yang pakai tudung herot dan menggelembung semasa zaman persekolahan. Biasanya, golongan pelajar akan menyapu lilin pada tudung putih sekolah mereka.
  • Caranya mudah sahaja iaitu gosok hujung batang lilin dengan perlahan pada tempat yang anda ingin bentukkan. Ia bertujuan untuk mengeraskan tudung yang lembut itu pada bahagian muka sahaja agar anda boleh mendapat bentuk yang tajam bagi yang berwajah bulat dan supaya tudung tersebut tidak jatuh dan menempek didahi anda.
  • Buat sapuan memanjang pada tudung atau shawl tersebut dari bawah leher sehingga hujung dahi.Setelah disapu, gosok dengan sterika dan lilin yang sisapu itu akan cair dan melekat pada kain tudung dan shawl.
  • Ingat! jangan sapu terlalu banyak atau tebal kerana ia akan menampakkan tempekan lilin yang lebih terang daripada warna asal tudung.
  • Bukan itu sahaja, tudung anda juga akan menjadi keras dan lilin sukar untuk ditanggalkan serta sukar hilang jika dibasuh.
  • Cara ini boleh digunakan untuk anda yang mahukan cara murah dan ingin berjimat.
AWAS! HANYA GUNA LILIN PUTIH, BUKAN LILIN WARNA-WARNI YANG DIGUNAKAN SEMASA MENYAMBUT HARI LAHIR ATAU LILIN HIASAN. NANTI TAK PASAL-PASAL TUDUNG ANDA ROSAK,BERWARNA-WARNI PLAK..:)

2. Menggunakan FABRIC STARCH
  • Biasanya 'fabric Starch' ataupun spray kanji digunakan untuk memudahkan kerja-kerja menggosok pakaian yang banyak kedutan dan sekaligus menjadikan pakaian tampak kemas. Namun, jangan beranggapan 'fabric starch' hanya sesuai digunakan pada pakaian sahaja.
  • Ia juga sebenarnya boleh digunakan pada tudung dan shawl yang ingin dipakai.
  • Caranya sama sahaja, cuma ia lebih mudah dan cepat. Hanya sembur pada bahagian tudung atau shawl yang ingin dibentuk itu dan digosok dengan sterika seperti biasa.
  • Tudung juga tidak kotor dan 'fabric starch' akan hilang setiap kali dibasuh.
  • Melalui cara ini, anda perlu mengeluarkan bajet lebih sedikit berbanding penggunaan lilin, namun tidak menjadi masalah jika anda mahu cepat, mudah dan kelihatan cantik sentiasa.
 

Monday 24 September 2012

Inner Cotton

INNER COTTON! 
1= RM8 
3=RM20 
NOT INCLUDE POSTAGE
TO ORDER PLEASE EMAIL adiwarna.boutique@gmail.com
or fill the 'Order Form'.
Blue 01
Green 02
Brown 03
SOLD
Red 04
Grey 05
Black 06
Maroon 07

Make-Up Tutorial With Maria Elena

Siapa tak kenal dengan Ratu Vlog Malaysia, Maria Elena...
Beliau pernah menjadi penghias kulit Majalah Hijabista dan video-video blog yang di postnya amat mendapat sambutan.

 Edisi Pertama Majalah Hijabista

Tak percaya.. jom tengok tutorial make-up yang Maria Elena kongsikan ..
Sangat bersahaja dan make up tidak over...
Selamat Mencuba ....


Hana Tajima Shawl Tutorial





Style shawl Hana Tajima ini sangat popular sewaktu ketika dahulu dan menjadi trend muda mudi sehingga kini. Dengan style yang bersahaja dan fresh, ianya sesuai digayakan di majlis-majlis formal dan sewaktu keluar membli belah. Nampak exclusive dan up to date.

Note : Pemakaian shawl style Hana Tajima ini hanya boleh digayakan dengan shawl satin sahaja. Jika anda  menggunakan shawl cotton, ianya tidak cantik terbentuk kerana shawl cotton lebih berat berbanding shawl satin.

Tuesday 18 September 2012

About Us

ORDER FORM

Sila isi maklumat di dalam borang tempahan ini dengan betul dan tunggu maklumbalas dari pihak Adiwarna Boutique dalam masa 12 jam dari tempoh tempahan dibuat. (Order Form)

Jika anda ingin menambah tempahan, sila isi Order Form yang baru dan tulis nota di dalam kurungan (Tambahan Order).

Bagi anda yang ingin booked tempahan, anda haruslah memaklumkan kepada pihak kami anggaran tarikh atau masa bila pembayaran akan dibuat.

Sila baca T&C dan Cara Tempah sebelum anda meneruskan tempahan.

Sekian, Terima Kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Saya Adalah :
New Customer
Return Customer
Saya Ingin Membuat :
Tempahan Baru
Tambahan Order
Pertanyaan
Pengiklanan
Nama : (Sila isikan nama penuh anda)
Email (Penting) :
No. Handphone :
Alamat (Untuk Tujuan Pengeposan) :
Code Item :
Kaedah Penghantaran :
Pos Laju
Pos Daftar
Pos Antarabangsa
Self Pick Up
Bank Pilihan :
Tempoh Pembayaran :
Saya akui bahawa segala maklumat yang diberikan adalah betul dan saya serius dalam membuat tempahan.
Ya
Tidak

Kos penghantaran tidak termasuk dalam harga item melainkan terdapat promosi atau sebagainya. Anda akan mendapat invois dari pihak kami dan dinyatakan jumlah yang perlu anda bayar.